Search This Blog

Sunday, March 28, 2010

Aurat Wanita?

Beberapa bulan yang lepas, saya baru je beli sebuah buku dari Dr. Zaharuddin Abdul Rahman bertajuk 'Untukmu Wanita". Terima kasih kepada suami yang sgt menggalakkan dan kadang2 memaksa saya utk membeli buku ilmiah penambah pengetahuan.

Baru beberapa muka dibaca, terpaku pada Satu tajuk yang di'bold'kan. Iaitu:-Kesilapan Kerap Wanita tentang aurat. Antaranya:-

1.Aurat itu bermakna dengan memakai tudung sahaja.

2. Bertudung tapi berkemeja-T lengan pendek dan kadang2 hampir tanpa lengan!

3. Bertudung, berkebarung malangnya berkain terbelah sehingga menampakkan betis. Kadang2 sampai ke paha pun ada jugak.

4. Bertudung, tetapi memakai pakaian sendat, sempit, nipis sehingga mata kasar dapat melihat bentuk kawasan yang menggoda.

5. Bertudung, tapi longgar shingga menampakkan jambul rambut.

6. Bertudung, tapi hanya apabila di pejabat/sekolah saje.

7. Bertudung, tetapi hujung tudungnya dilemparkan ke belakang leher sehingga mendedahkan bahagian dada.

8. Bertudung tetapi kain tudungnya sgt nipis sehingga menampakkan sanggul, ikatan rambut, telinga.

9.Bertudung, tetapi apabila menaiki motor...menayangkan betis disepanjang perjalanan.

10.Bertudung dan sempurna penutupan auratnya. Malangnya memanja2kan suara ketika berinteraksi dgn lelaki.


Pereka fesyen kini bagai mencari keuntungan dengan mereka tudung yang beraneka jenis dan macam2 fesyen sampai kite pun boleh terpegun. Cantik, memang cantik...tetapi kadang2 tu hanya tutup rambut je. telinga, leher dan bahagian dada nampak jugak..

hurm...dunia, dunia....

No comments:

Post a Comment